Umum kini
mengetahui, COVID 19 memberikan impak yang besar kepada kita. Sekolah terpaksa ditutup sehingga suatu masa
yang masih tidak diketahui. Hanya kelas peperiksaan
SPM dan STPM sahaja yang akan memulakan sesi persekolahan apabila sekolah
dibuka kelak.
Guru
perlu bergerak lebih pantas bagi mencari jalan untuk menyokong pembelajaran pelajar. Saya juga berjuang untuk sentiasa berhubung dengan
pelajar. Namun bukan semua pelajar dapat
memberi komitmen ketika proses PdPC melaui atas talian.
Untuk
membantu pelajar yang tidak dapat ‘akses’ kelas online saya, saya cuba mengembangkan
bahan pdpc dengan memberikan tugasan berpusatkan pelajar itu sendiri. Saya juga memberikan kuasa penuh kepada
pelajar untuk mempelajari sesuatu topik.
Post kali
ini saya ingin kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat melaksanakan proses
PdPC melalui pengajaran digital dengan berkesan.
Berikut
adalah beberapa cadangan yang dapat membantu cikgu melaksanakan proses PdPC
yang dapat menarik perhatian pelajar kita.
1. ‘SIMPLE’ ADALAH KUNCI
Setiap
guru tahu bagaimana rasanya menerangkan arahan baru kepada pelajarnya. Biasanya
dimulakan dengan arahan keseluruhan kumpulan, diikuti dengan soalan sebagai
pentaksiran. Situasi ini berlaku di dalam kelas secara bersemuka dengan pelajar
kita.
Salah
satu cabaran pembelajaran jarak jauh adalah kita dan pelajar kita tidak lagi
berada di lokasi yang sama. Sebaliknya, sebahagian besar waktu belajar sebegini
memerlukan arahan dari guru yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar.
Pastikan
kita memberikan arahan atau tugasan yang memudahkan pelajar kita untuk
melaksanakan. Jangan berikan terlalu banyak
dan tugasan yang sukar kepada pelajar. Pelajar
akan bosan dan tidak akan melaksanakan tugasan kita di masa akan datang.
Kesimpulannya,
kesederhanaan atau ‘simple’ adalah kunci utama dalam pengajaran online
ini. Ini adalah penting supaya pelajar
kita dapat memahami setiap arahan kita.
2. TUBUHKAN
‘KELAS’ DIGITAL
Kita perlu
bersyukur kerana sebelum pandemik Covid19 berlaku, KPM telah mengambil langkah
dengan memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar. Dengan adanya Google Classroom (GC), guru dan
pelajar diberikan akses untuk melaksanakan proses PdPC atas talian.
Selain
GC, kita boleh juga menggunakan apa sahaja platform yang memudahkan kita dan
pelajar dalam melaksanakan proses PdPC melalui atas talian.
Saya
sendiri membuat sedikit soal selidik dengan pelajar apakah jalan yang terbaik
bagi melaksanakan proses PdPC. Rata-rata
daripada pelajar saya hanya menggunakan telefon pintar dengan data internet
yang terhad.
Oleh itu,
saya telah menggunakan aplikasi MitJitSi dan Quizizz sahaja. Ini adalah kerana, 2 aplikasi ini amat praktikal
digunakan dengan menggunakan telefon pintar dengan data internet yang rendah.
Jangan
gunakan terlalu banyak aplikasi sehingga membebankan pelajar kita. Cukup hanya 1-3 sahaja aplikasi kita
gunakan. Ini kerana, apabila terlalu banyak
aplikasi yang kita gunakan, pelajar perlu ‘download’ banyak aplikasi di telefon
mereka. Akhirnya, mereka mula hilang
rasa minat untuk sertai PdPC kita kelak.
3. SENTIASA
MEMBUAT PERSEDIAAN
Bukan
mudah sebenarnya untuk menarik perhatian pelajar sertai kelas kita melalui atas
talian. Pengalaman saya sendiri sewaktu
pertama kali mengadakan kelas online, hanya 18 orang sahaja yang sertai.
Oleh itu,
saya bukan hanya perlu fikir tentang bahan pengajaran dan aplikasi yang
digunakan malah saya juga perlu fikir apakah strategi untuk menarik minat pelajar
sertai kelas saya. Ini penting kerana,
walau sehebat mana bahan pengajaran kita, tetapi jika tiada ‘audience’ ianya
seperti panggung wayang tanpa penonton.
4. BERIKAN
‘GANJARAN DIGITAL’
Saya
anggap pandemik Covid19 sebagai suatu hikmah dalam dunia pendidikan. Ini adalah kerana, sekiranya pandemik ini
tidak berlaku, guru dan pelajar mungkin masih belum mahir menggunakan aplikasi
pengajaran atas talian.
Jadi ini
adalah masa yang terbaik buat guru untuk belajar dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dengan menyertai kursus dan pembelajaran melalui atas talian.
Saya juga
banyak mempelajari ilmu baru dalam tempoh PKP ini. Salah satu saya belajar adalah bagaimana
menghasilkan Sijil Online menggunakan Google Form. Ya satu perkara yang saya tidak ambil tahu
pun sebelum ini.
Dalam
kelas online , saya akan memberikan Sijil Online kepada pelajar yang mendapat
markah yang ditetapkan. Sekiranya
pelajar tidak mencapai markah yang ditetapkan, saya akan memberikan motivasi dengan
memberikan tugasan lain. Dengan harapan,
semua pelajar yang menyertai kelas online dapat menerima Sijil Online ini.
Untuk membuatkan
pelajar kita lebih bersemangat menyertai kelas kita di masa akan datang, saya
menawarkan Hadiah Misteri untuk pelajar yang paling banyak menerima Sijil. Dengan cara ini, saya harap pelajar dapat
menyertai kelas saya seterusnya dapat mempelajari walaupun melalui atas talian.
Slogan
Hari Guru Tahun 2020 sangat signifikan dengan situasi ketika pandemik ini iaitu
‘Berguru Demi Ilmu. Bina Generasi Baharu.’
Semoga
kita para guru dapat menempuh ujian ini dengan hati terbuka. Sentiasa ikhlas dalam menjalankan amanah demi
agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.
Cikgu
Amir Azros Abdul Aziz
SMK Jati,
Ipoh.
No comments:
Post a Comment